Friday 19 April 2019

Tutorial Buat Blog { Updated Version } 2019 !

♥ السلام عليكم      
.. بسم الله الرحمن الرحيم
Image result for jummah quotes tumblr
Selamat hujung minggu semuaaaa. Okay, memandangkan harini hari Jumaat yang barokah Lia nak share satu ilmu iaitu cara buat blog ! Wuhuu tepuk sikitttt. Ingat ke dah nak bersara daripada buat tutorial ni, sebab dulu rajin jugak buat tutorial kan (kalau korang baca blog Lia dari dululah wkwkwk) tapi disebabkan ramai pulak yang dm and whatsapp Lia and tanya cara buat blog. So, Lia akan ajar korang step by step ok !

Seronok betul Lia tengok ramai pulak kawan2 Lia yang berminat nak buat blog hihi. Nanti  boleh melawat blog masing2. Haa, pastu ingatkan nak suruh korang search kat google je, tapi since kat google tu banyak tutorial yang lama and outdated dah, Lia rasa kene buat entri baru sebab sejak Lia tinggal blog lebih kurang 4 atau 5 tahun ni, memang banyak perubahan . So, kalau nak buat blog sendiri,, boleh sambung baca entri ni hihi!

Okay, first thing first! Korang kena ada gmail ! Memang takleh guna email lain selain gmail,so kalau takde tu bolehla sign up gmail pulak ye.

okay, dah ada gmail tu kan korang pergi dekat link ni www.blogger.com/

nanti dia akan keluar macam ni

lepas tu tekan "create your blog" dekat dalam kotak merah tu

dia akan keluar macam ni
okay, korang tekan la email korang kalau dia memang dah ade dekat situ macam Lia punya tu. Atau,kalau takde korang tekan yang "use another account" untuk login

nanti dia akan keluar macam ni
haa korang isilah dekat display name tu nama yang korang nak. nanti bila korang comment dekat entri orang ke apa ke, nama yang korang tulis nilah yang akan muncul. and korang pun akan dikenali dengan nama tulah. jadi, janganlah letak nama pelik2 ye haha

dah siap, tekan button yang kotak merah tuu

Okayyyy dah keluar macam ni, tekan CREATE NEW BLOG dalam kotak tu.

soooo, dia akan keluar macam ni !
korang isilah apa yang patut tu. Title blog korang and address tu. macam contoh, Lia punya kan najaha-abdillah.blogspot.com so korang rekalah yang korang punya pulak. tapi, selagi dia tak keluar tanda right biru dkt hujung tu, selagi tu korang takleh guna address yang korang letak sebab maybe address tu dah ada orang pakai.

Dah sampai address korang available tu, korang tekan dekat theme tu, tekan SIMPLE. Boleh je guna yang lain tapi nanti nak edit blog bagi cantik tu, simple lagi senang. but atas korangla, Lia tak paksa

pastu tekan create blog!

Then, dia akan keluar macam ni!
tadaaaa! wah tahniah uolsss, dah ada blog sendiri ! hehehehe. kalau korang bukak blog korang, dia akan keluar lebih kurang macam nilah

kalau nak buat entri/post baru tu, boleh tekan dekat "new post" dekat atas tu. orang pergi jer dekat dashboard dekat blogger.com/ and tekan create a new post

Sooo tu jelah. senang kan? macam makan abc kannnn? hihihi. So, tu jelah. kalau nak edit tu memang panjang la pulak ceritanya. korang bolehla search dekat google. banyak je tutorial cuma taktahu boleh pakai tak lagi sebab banyak coding diorg dah tukar. Lia pun adjust sikit2 sampai jadi. Nanti kene godek balik coding ni. lama sangat dah tinggal hihi

oh yaaa, kalau korang nak suruh Lia edit blog full edit pon boleh. Lia boleh buka tempahan. Dulu Lia pernah bukak tempahan buat header, footer, edit blog semua tuh. Tapi, dah lama dah tak buat . So, kalau korang nak upah Lia edit pun boleh, biasanya Lia ambik dalam rm30 untuk full edit. so, kalau korang berminat, boleh bagitau hehehehe.

Nanti, kalau ada yang nak order, Lia buat entri pasal tempahan2 yang boleh korang buat. So tu jelah. Kalau ada masalah apa2, boleh komen/dm Lia je. inshaaALLAH Lia tolong. So selamat berblogging yang kawan-kawankurrrr

See u soon ! Assalamualaikum <3

Sunday 7 April 2019

Keputusan SPM 2018

♥ السلام عليكم      
.. بسم الله الرحمن الرحيم

Image result for motivational quote

Woottt, it's already April, tapi baru terhegeh2 nak buat entri pasal result SPM hehehehe. Sebelum tu ya, tujuan Lia buat entri ni bukan nak menunjuk atau apa tapi sebagai tempat Lia menyimpan kenangan Lia(gittewww) I know, ramai lagi yang result lagi cantik dari Lia. Lia punya result biasa2 je... Tak dapat apa yang ditarget tapi syukur. ALLAH BAGI APA YANG KITA PERLU BUKAN APA YANG KITA NAK -bak kata kawan Lia and umi Lia :)
sebab tbh, Lia tak rasa pun orang baca even promot dkt story IG ke apa wkwkwkwk sebab bukan semua orang nak ambik kisah hal kita pun kan. So, marilah kita berhuhu.

Ok, sehari sebelum result tu kawan2 Lia datang rumah sebab nak pergi MASSMIYT (sukan antara IMTIAZ) sebab dia bukak dekat Kemaman tahun ni. So, since parents Lia ada homestay diorg pun duduk dekat homestay tu sekali dengan Lia. Buat BBQ and just spend time together-gether wkwkwk

Malam tu,, Lia, Nabihah, Aqilah, Farhanim and Ayuni tidur lambat. Orang lain dah dibuai mimpi yang indah time ni. Dalam pukul 2 kot sbb kitorg sembang2. Hehe, mcm2 topik tau, dari politik, masa depan, pengalaman hidup (ceh) and macam2lah. Most importantly ialah sebab lepasni taktahu bila lagi kan kita boleh berkumpul macam ni. Dah masuk U nanti susah dah masing2 :")

Pastu, kitorg tidur jelah sebab taknaklah esok tu mata sorang2 xleh bukak kikiki. Besok tu bangun awallah kan, solat subuh and siap2. Diorg ada yang datang dari Dungun, Marang, Kedah and Setiu. So sehari sebelum tu diorang dah siap2 tempah grab. Lia pergi dengan family Lia. Pagi tu rasa macam hari raya pon hadooo. Semua siap2 pakai baju kurung/jubah, beratur depan cermin sebab nak baiki tudung hahahaha serious kelakar. Dengan yang terjerit2 suruh tunduk lah, curi2 potong linelah, cari kerongsang and jarum bagai. ish ish ish. Kalau dah perempuan, memang macam tulah kejenya.

So, grab sampai, parents Lia pun sampai. Kitorg kemas2 rumah and vrooooomm pegi sekolah. OK, tbh Lia boleh cakap Lia memang nervous kan, tapi!!!!! tak nervous mana!!! hahahahah dan compare dengan time PT3, rasanya PT3 lagi nervous kot. Ni lebih rilek walaupun xdela rilek mana tapiii haa macam tulah hehehehhe.

Dah sampai, daftar apa semua kan duduk. Bising la jugaknya sebab lama dah tak jumpa member2 kan huhuhu. Dalam pukul 10 tu dah boleh cek result melalui sms!!! Uishh Lia tak cek ok, takut jantung tercabut. Tapi, bila one of our best students cek dia punya result and dia dapat 9A 2B, Lia rasa macam, aishhh kalau dia dapat 9A 2B, confirm Lia dapat rendah lagi ni.

selingan, gambar dengan kawan2 hehe

Kat sekolah Lia, 9A, 10A and 11A dapat naik pentas. Yalah kalau tanya sesiapa pun, mesti semua teringin nak naik kan. macam tu jugak Lia. Tapi, bila jadi macam ni dah memang tak letak harapan tinggi sangat dahla. I used to target atleast 9A cuz i think thats the best result i cud get cuz theres no way I can get A for ADDMATH and BIOLOGY hshshshshs. both are my worst subjects. dua2 pernah fail wakakakaka. Tapi, bila pikir, Sebenarnya kan, Lia tak kisah pun dapat berapa sebab bila tengok orang lain tak dapat 9A ke atas, hidup je lagi? bahagia je? takde mati ke apa? sebab i used to think what will I if I dont get 9A above? Will I die? Will my parents ditch me? Can I make it to the university? I kept thinking like that. I'm the type to overthink. I overthink almost everything in my life! I have no confident in anything i do.

But then, take a deep breath and.... wallahi you'll be fine. No matter what your result is. Maybe awal2 sedih. Biasalah. Manusia kan, ada hati perasaan. Tapi jangan biar sedih lama2. InshaaALLAH, ada rezeki kita kat mana2. Belum berjaya SPM, belum tentu gagal dalam hidup. OK, apa ni macam nak jadi pakar motivasi pulak. padahal diri sendiri tak termotivasi kahkah. Ok, so long story short, I got my result and im happy altho i didnt reach my target hehehehe.

But , i have no regrets (ok tipu ade je sbrnrnya tp buat2 xde la kan huhu) sebab sepanjang form5, Lia selalu sakit :') entahla pelik2 je sakit ni. Sebelum exam lagilah sakit. start dari trial smpai sekarang. Sejarah paper3 dalam bilik kuarantin. Malam kelas addmath tak gi kelas sebab sakit belakang+tak larat nak bangun. pegi2 je kelas dah habis wkwkwk

Sebelum exam fizik demam, pergi klinik lagi. hm. Benda yang buat Lia kesal ialah my parents takleh tengok Lia naik pentas :") Along Lia dapat 9A 2B, naik pentas. but i couldnt do tht . Thts ok, i'll ty harder when im in uni ok !!! Thankyou umi abah, selalu ade dengan Lia. datang dari jauh setiap kali sakit. Banyak kali datang start dari trial sampai spm. Selalu datang sebab sakit ,, seriously pengorbanan yang besar sangat. I hope one day I can repay both of u even i know, sampai mati... tak terbalas jasa umi abah TT_______TT

ok so this is my result;

IM SO FREAKING HAPPY CUZ FINALLY I GET A+ FOR ENGLISH OMG~!!! THT'S LIKE MY FAV SUBJECT AND FINALLY WEH FINALLY! HAHAK

ADDMATH-- DUHHHH THIS ONE. I LITERALLY CANT BELIEVE MY EYES! OK, KORANG YANG DAPAT A KE ATAS JANGAN PANDANG RENDAH KAT I PLS HAHAHA.

Let me tell u one secret, eventho it's not even a secret cuz most of my friends know this. Lia TAKPERNAH OK TAKPERNAH LULUS ADDMATH!! DARI FORM 4 !!!!! MEMANG G JE WEH. SAMPAI TRIAL! TU PON D JE! MMG PALING NOOBLA DALAM KELAS KALAU BAB ADDMATH NI. Serius, setiap kali kelas addmath rasa macam nak lari. nak nangis. sedih, malu taktahu nak sorok muka kat mana :') Bila dapat B, MashaaALLAH , ALLAH je tahu perasaan. tak sangka seriously :') rasa nak menangis pulak tengah2 menaip ni wakakakak. terima kasih cikgu, sabar ajar saya. mesti cikgu stress kan tengok result sy sebelum ni hahha.

Lia pun jumpalah cikgu addmath Lia. pegang tangan dia cakap kat cg dengan happynya. peluk dia. huwaaa sedih woiiiii cikgu pun macam nak nangis. cikgu cakap bangga sebab naik banyak dari sebelum ni. iloveu cikgu <3

semangatnya cikgu rodzi hihihi

And, BIO . WOWW hshshshshsh B+ is my highest score. yg ni tak seteruk addmath tapi pernahlah fail sekali wkwkwkwkw. duduk dalam kelas tu, serius rse macam paling nooblah. memang rendah diri woiiii. And, other science subjects. im sorry cikgu, cannot get A :( tapi Lia percaya, ni takdir yang menunjukkan Lia takyah gi aliran sains dekat U. So, Lia apply LAW. Ada je bende lain lagi tapi law tu macam yg first choicelah. inshaaALLAH, ada rezeki ada.

And, my brother buat surprise.aww terharu sis. dia tempah dengan kawan dia kotak hadiah ni. ada note kat atas tulis

from; akif
to; kakya
11A+ dalam genggaman (apa tah , lupa ayat sebenar tp mcm nilah lebih kurang)

sorry dear, cannot get 11A+ maaaa hahaha. cant believe my bro dah besar pandai surprise bagai :') he probably wont read this but love u so much akif <3

here's a pic of me and him with the gift!


So, tu jelah. entri ni panjang beno la pulaknya. I'll try to post more often. sebab I am purposely writing in this blog to remind me of some things. Sebab post lama2 kadang2 buat Lia teringat balik, "oh so i was like this, and that". "oh this happened" so i dont really mind if xde orang baca cuz at the end of the day, it's for myself :D

So, to whoever yang baca this post or even to myself. Jangan sedih, apa yang kita dapat tu ALLAH nak bagi. Ada hikmah kenapa tak dapat apa yang kita nak. Kalau dapat apa yang kita nak, alhamdulillah. rezeki kita. kalau xdapat? jangan risau. ada rezeki lain yang menanti. yang penting, jangan pernah putus asa. lastly, fightingggg!!! <3 goodluck to all of my friends, dah masuk U jaga diri and jangan lupa sayaaaa hihi. apa2 roger okkk :D

Tu je, ok rabu ni ada test jpj. rasa macam tak ready tapi kita try dululah!!!! harap2 lulus wkwkwkwk

see u soon <3 assalamualaikum !