Friday 29 March 2013

PERHATIAN KEPADA PEMENANG SEGMEN: FOLLOW SAMBIL TUTUP MATA BY LIA ABDILLAH

** Assalamualaikum  **


PERHATIAN!!!! PERHATIAN!!!! PERHATIAN KEPADA PEMENANG SEGMEN: FOLLOW SAMBIL TUTUP MATA BY LIA ABDILLAH. 


Sila PM Lia dekat fanpage untuk tuntut hadiah korang. Lia bagi tempoh sampai ESOK SAHAJA. Kalau korang tak tuntut gak, Lia akan buat cabutan lain. Sorry ... Terpaksa.., dah lama sangat dah.. Tapi, bagi pemenang stuff blog such as header and others je la. Yg menang review blog takyah lah, kay? Sebab yg tu Lia akan buat sendiri.

Btw, Lia baru masukkan 5 orang dalam bloglist Lia,. Hehe =.='' Malas tahap babun comella korang xD Nanti-nanti sikit ea? Sorry sorry sorry.. Malas ni selalu datang bertandang, kalau nak usir dosa lak. Kah3 .. Okay, tak lawak  -,- 

Okaylah, tu je .. Jumpa esok lusa tu pun kalau Lia update entri. Heheee :P Salam ..

Tak tahu menang ke tak? Check here

Monday 25 March 2013

Pemenang Segmen: Follow Sambil Tutup Mata By Lia Abdillah

** Assalamualaikum  **



Kenapa doodle melompat? Sebab memang la ! Errk..

Okeh, dah tak sabar-ii nak tahu sapekah yang bertuah itu? #inisemuapoyo. Haha Okeh, sila scroll !


-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

Header Transparent




Hantar detail berikut;

Width header :
Warna tema header :
Nak tulis apa di header :
Doodle: (jika pilih jenis header with doodle) *kalau pilih doodle sendiri, bg url*
Jenis font:
Warna font:
Header Bersambung;



Bagi detail;
Width header :
Warna tema header :
Warna header bersambung:
Nak tulis apa di header :
Doodle: (jika pilih jenis header with doodle) *kalau pilih doodle sendiri, bg url*
Jenis font:
Warna font:
Cursor



Bagi detail;
Nak tulis ape;
Warna font;
Jenis font;
cursor wrne;
Footer;




bagi detail;
Width blog :
Warna footer :
Nak tulis apa :
Warna font;Jenis font;
Footer bersambung


Width blog :
Warna tema footer :
Nak tulis apa :
Warna font;Jenis font;warna footer;
Blog review:





Kepada pemenang, sila PM di Fanpage Lia [kat sidebar, and bgi detail .]

Macam mana nak tahu korang menang ke tak? Tengok list peserta. Kat sini

Ciaou, assalamualaikum ;)

1st Give Away Love LIMITED EDITION by cci

** Assalamualaikum  **

Klik banner yang ceria+comel+colourful+macam-ii lagi untuk join ! Hik3

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ALLAH Taala kerana masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini ;)

Oke, straight to the point, Lia skarang ni tengah join GA anjuran Kak CCI ! Tengok doodle kat banner pun dah tahu kalau tengok doodlenya !


Okeh, ni syarat-ii nya:

Buat 1 entry bertajuk "1st Give Away Love LIMITED EDITION by cci" dan backlinkkan entry tersebut disini.
Copy Banner di atas dan letakkan di entry korang
Follow Blog cci dan Fan Page cci
Mencari 10 orang pemenang
Pemenang akan dipilih secara random dan pandai membodek cci :P
Hadiah-Hadiah:-
1x Note Pad Book
2x Set Button Badges
10x Bookmark
5x Greeting Card
2x Watermark
2x Header
Tarikh Mula:- 25hb March, 2013
Tarikh Tamat:- 07hb April, 2013
Masa:- 11.00mlm

Kalau boleh, Lia nak button badge ! Sebab? Hanya satu perkataan COMEL ! Haa, betul, comel .. Tak caye? Gi terjah entri Kak CCI yang lepas ye :P 

Akak, boleh laa. Boleh laaaa. *buat muka comel* *mata bulat* Haha .. Mengarut je budak ni -.-

Okelah, sampai cni je. Ciou lu, assalamualaikum. Hope menang :) Amiin!

Friday 22 March 2013

Segmen: Follow Sambil Tutup Mata By Lia Abdillah

--TAMAT--


http://3.bp.blogspot.com/-T6jjNahzFDc/UQ4TNSmZvzI/AAAAAAAAD9w/xjOIbDQZ40E/s1600/Segmen+follow.jpg
Hai hai o/ Harini 22 Februari Lia nak buat satu segmen. Lebih kurang segmen upkan follower kat blog koranglah :D

Segmen kalini Lia bagi tempoh sebanyak 1 bulan :O Lama tuuuu~ Lia harap segmen kalini dapat sambutan lah ye. Sebab haritu Lia buat segmen free cursor takde orang join pun. 6 orang je T^T

Okeh, cara menyertai ;


- Follow blog Lia *wajib*
-Like FanPage Lia *Wajib*
-Ada blog
-Warganergara Malaysia
-Follow blog peserta lain yang join segmen ni *wajib*
-Tag 3 orang blogger lain. *pastikan mereka tahu*
-Buat satu entri yang bertajuk Segmen: Follow Sambil Tutup Mata By Lia Abdillah.
-Letakkan link entri dekat kotak komen. Bukan link blog! Cbox? Tidak akan dilayan >:D
-Tempek banner comel kat atas tu dalam post korang and backlinkkan.
-Pastikan blog korang tkde word verification. Tahu x kesian orang yang nak follow blog korang tu nak komen kat entri korang

Hadiah ;

2x Header Transparent
2x Header bersambung
5x Blog review
2x cursor
1x Footer transparent
1x Footer Bersambung 

Cara pemilihan;

-Encik dan Puan Random.org
-Cabutan tangan \kuno style xD/

Lia mencari 13 Orang pemenang :D \ramai x? ramai x? xD/

Okeh, sori la yer pasal hadiah tu. Tak cukup bajet daa nak bagi hadiah yang gempak2x . So, Lia harap ramai join :D Sebulan oke, sebulan. Lama tu ... 
P/s: Yang takde FB tu, korang takyah like lah :D. Tapi, kalau korang ade fb tpi, korang kata xde fb sbb xnk like. Tak halal kalau menang >:(

Update: List Peserta
Update: Kenapa la dia letak link blog. Bukan link entri? >.< 
Update: Mintak tolong supaya korang selalu ke blog ni untuk new update. List peserta pun sentiasa bertambah. Takkanlah Lia yang pergi blog korang and then bagitahu ade penambahan peserta. Letih la nanti. Mintak tolong ye ^^
Update: Alhamdulillah ! Sambutan agak menggalakkan. So, Lia dah putuskan semua yang join segmen Lia ni, Lia akan letak korang dalam bloglist Lia untuk selamanya . Seronok? Hihi, I hope so. Urmm, lagipun bloglist tu Lia baru buat. Nanti habis segmen Lia letak nama korang kay? *new

Segmen: Follow Sambil Tutup Mata By Lia Abdillah TAMAT !

** Assalamualaikum  **


Alhamdulillah, setelah 1 bulan segmen ini dijalankan, akhirnya tamat jua. *wakaka ayat skema + takleh bla*

Okeh, dengan ini, secara rasmi Segmen Follow sambil tutup mata by Lia Abdillah tamat ! *clapclap* -.- Alhamdulillah, sambutan agak menggalakkan walaupun tak sampai seratus. Hanya 71 orang yang join :) Terima kasih banyak-ii bagi sesapa yang sudi join tu. /throw heart/ 

Macam yang dijanjikan Lia akan letak sume orang yang join ni dalam bloglist Lia, kan ? Okeh, Lia akan letak bila Lia free.. Link blog tu? Akan diberi lepas dah settlekan nanti, ye ?

And, untuk hadiah pulak, Lia akan umumkan pemenangnya esok. Pergi-ii buat solat hajat supaya menang. Ptuiihh, macam la hadia gempak. Blog stuff je kot -.- 

Hehee, In Sha ALLAH kalau ade rezeki lebih sikit Lia akan buat segmen top up pulak ;)

Okeh, tu je Lia nak cakap. Dah takde pape dah. Lia nak pergi buat cabutan dekat random.org ;) 

Ape-ii pun thanks ye pade sesape yang sudi join tu. Siyes terharu. Hahaaa XD Ciao, assalamualaikum ^^


It's School Holiday !

** Assalamualaikum  **

cute flowers

Help me? ;3 http://ysmcdn.com/share/my/2674/3330002 & http://ysmcdn.com/share/my/2639/332666

Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini ;) Hai korang *waving* It's school holiday ! Tapi, untuk seminggu je. Pape je lah, kan? -,- 

Holiday ke tak holiday ke homework? Tetap ade. Huuuuh, BI banyak skali homework. Ade tu, satu buku kena siapkan dalam tempoh sebulan ! Sempat kot, sebab lama tempoh tu, ye dak?

Tapi, Lia rase sepanjang cuti ni duk umah main lappy and siapkan homework je. K0t. Yelah, abah Lia kan kerja, mana ade masa nak gi holiday dalam erti kata sebenar. Hek3 xD

Nanti kalau Lia rajin, Lia bagi korang freebies, yeR? Lama dah Lia tak bagi freebies / buat tutor. Rinduuuuuuuuuuuu sangat ! Wkakaka... Macam lah lama sangat tak bagi :p

Okeh, Lia ciao lu .. Takde idea da nak type ape -..- Ciao, assalamualaikum 

Sunday 17 March 2013

Segmen Jom Pilih Hadiah

** Assalamualaikum  **


Klik banner untuk join ^^

Wah ! Kak Nabila buat segmen lagi la ! Wajiblah join sebab hadiahnya best giler ! Fuuhh ...,

Lia kalau oleh Lia nak handphone case and peplum. Tapi, kalau peplum tu takde saiz untuk budak macam Lia, Lia nak keychain. Hehee XD Boleh ke? Haa, hope boleh la :P

Last, but not least hope ada rezeki :) 

Ciao lu, assalamualaikum ^^

Friday 15 March 2013

Review Follower Ke- 400

** Assalamualaikum  **

Tadi, bila buka blog tengok ade muka baru ! Muka baru dekat tempat follower a.k.a tempat yang title-nya 'AWESOME'

Lia memang nak tunggu sampai 400 pastu nak review follower tu :) Ni kirenya first time review la ea . Hehe :p

Okeh, korang kenal x sape follower yang ke- 400 ni? Haa, nama dia Fasihah. Tapi, Lia kena panggil akak lah kan sebab dia lebih tua dari Lia. 

Aku la ni..

Haa, nilah muka akak tu. Comel, kan ???

So, sebagai tanda penghargaan Lia ada buat doodle untuk akak ni .. Tapi, tak tahulah cantik ke tak . Maklumlah newbie lagi :p



Hope akak suke :D Btw, thanks sudi jadi follower Lia :D

p/s: jangan curi doodle tu, walaupun buruk >,< Kak Fasihah sahaja yang dibenarkan crop or ape-ape aje. Sebab doodle ni kepunyaan a.k.a hak milik Kak Fasihah.

Bye, assalamualaikum !

Thursday 14 March 2013

Exam dah tamat !!

** Assalamualaikum  **

*sebagai penghias sahaja. Harap maklum :p*

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini lagi :D

Uaarghh!  Exam dah habis ! Yay ! Oke, sebelum tu ... Dah lama Lia tak update kan? Bukan xbuka langsung blog ni, cuma malas la nak update entri bagai. Sampai traffic blog menurun ! Aa, apa nak dirisaukan, blog Lia bukannya famous. Memang trafik akan turun ler kalau xbw :p

Okey, sebenarnya exam tamat pada 13 Mac 2013, tapi, lain dengan Lia and orang yang join smart english ! Semalam baru tamat exam sebab ganti lah kan, hari kedua exam tak datang. Bukan sebab ponteng kay ?! Tapi, sebab smart english la :p

Alhamdulillah, dapat No. 1 ! Terjerit-jerit kitorang tau! Cikgu pun same ! Bhahah ... Korang agak-ii lah kan, berapa A Lia dapat untuk exam kalini? Cikgu kata subjek Science, 2 orang je yang dapat 'A' .. I'm like serious?! Oh, Lia harap Lia salah seorang ! Tahun ni xprnh dpt A lagi utk science. Sama jugak ngan math. Last exam aritu dapat 78 ! Grr, sikit agy nak 'A' ! Ni sume salah Lia la. Careless mistake terlampau banyak. Kalau tak dah dapat 4A 1B .. Takpe la, cikgu selalu cakap. Belajar dari kesilapan.

So, doa-ii kanlah supaya Lia dapat 'A'. Akak saudara Lia pernah cakap. "Nak dapat 5A agak senang, tapi nak kekalkan 5A memang susah," Haa, Kak G takpe la cakap cmtue. Takpe? Why? Sebab .... UPSR dia dapat 5A ! PMR tahun lepas pulak dia dapat .... 9A ! Bijak, kan? Lia harap dapat jadi cerdik cam Kak G ;D

Okelah, ciao lu korang. Assalamualaikum !

Monday 11 March 2013

Art Trade With Kak Aini Zakaria

** Assalamualaikum  **

Macam Lia cakap dekat entri ni, Lia nak art trade, kan? Hehee, alhamdulillah Kak Aini Zakaria setuju nak art trade ngan Lia :D Ni je doodle yang Lia boleh buat. In Sha ALLAH next time Lia buat yang lagi cantik dari ni :)

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Untuk Kak Aini


Yang ni dari Kak Aini, cun, kan? Jealous den :p


P/s: Thanks akak sudi art trade ngan doodler yang masih newbie ni ;D

Bye, assalamualaikum!




Sunday 10 March 2013

Art Trade With Kak Ain Nadia

** Assalamualaikum  **



Art Trade ! Haha, Sebelum exam Lia nak art trade dulu. Lia tanya Kak Ain Nadia untuk art trade. Dia on je. So, Lia pun balik dari sekolah tadi buka fanpage tengok message, Kak Ain dah siapkan doodle untuk Lia ! Comel giler tau !

Oke, ni doodle dari Lia untuk Kak Ain ! Hope akk suke ;D


Dan doodle yang comel bawah ni dari Kak Ain Nadia !


Comel, kan?

Oke, Lia ciao lu. Nak pergi tuisyen dah ni. Papai ! Assalamualaikum ;D


Saturday 9 March 2013

Doodle ~

** Assalamualaikum  **


Hola-hola ! Semakin lama semakin tinggi cinta Lia padanya. Cinta? Wah, kecik-kecik dah pandai bercinta. Errk, bukanlah ! Cinta Lia pada doodle lah ! xD Heheee. Sungguh Lia semakin seronok mendoodle. Lia lebih suka mendoodling daripada melukis atas kertas :p

Baca status ni;

Click untuk ke status ni~

Kalau Lia sedih Lia akan buat doodle. Begitu juga sebaliknya. Nak tengok tak doodle Lia lukis? Okeh, ni ade beberapa . Haha .. 



Ada banyak lagi sebenarnya, tapi malas la nak upload :p Nak tengok banyak lagi. Klik sini . Tapi, sebenarnya tak banyak pon. Baru buat sikit :p

Lia dah tanya dengan ramai doodler kat Malaysia ni untuk art trade. Tapi, baru 2 orang kasi respons. Urrmm, tunggu dulu, la kan? Btw, minggu depan exam ! Urggh, stress stress stresss :p

Okelah, ciao lu. Assalamualaikum ! ;D


Friday 8 March 2013

Freebies: Doodle #1

** Assalamualaikum  **

Flores rosadas

Tadi ter-rajin pulak xD So, Lia buatkan doodle untuk korang. Sorry kalau xcantik T^T Budak baru belajar lah katakan ... Using paint tool sai & pixlr/editor ..






This is first freebies doodle. Tau buruk, jangan la kutuk T^T. Leave ur comment before take them. Thank shoo much. Bye, assalamualaikum ^^

Nak Kemas Bilik, Tapi ....

** Assalamualaikum  **


*kalau dapat bilik cenggini kan best*

Lia nak kemas bilik, tapi ... Tapi apa? Hanya satu perkataan MALAS ! Lia ulang ye, MALAS ! M-A-L-A-S ! Siyes, sedih tengok bilik yang macam ape tuh, tapi penyakit ni datang ! Waaa, ummi help me ! Hampeh! Ummi takkan tolong Lia kemas sebab .... Lia dah besar >,< Tapi, memang patut pun ummi buat cmtue, kalau tak sampai bila Lia nak kemas sendiri !

Lahai, anyone? Sukarelawan untuk bersihkan bilik Lia? Please ? Haha, memang taklah kan orang nak tolong kemas :p Dulu rajin sesangat kemas bilik. But, now? Siyes M-A-L-A-S ! Hmm, okeylah.. Dah kekeringan idea nak taip entri ni. So, babai je la :p

See you again! Assalamualaikum :*

Thursday 7 March 2013

18 Kesalahan Dalam Bertudung

** Assalamualaikum  **




1.Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

2.Bertudung tetapi dengan "T-Shirt" berlengan pendek.

3.Bertudung tetapi baju kurung terbelah kainnya.

4.Bertudung tetapi bajunya sendat,sempit dan nipis lalu menampakkan bentuk kawasan-kawasan mudah 'menggoda'.

5.Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul/hujung rambutnya.

6.Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat atau sekolah sahaja,tidak di sekitar rumah,pasaraya dan sebagainya.

7.Bertudung tetapi tudungya di lempar ke belakang leher maka terdedahlah dadanya dari di tutupi kain tudung.

8.Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh di lihat sanggul,leher,tengkuk dan dadanya.

9.Bertudung tetapi menampakkan bahagian hadapan anak rambut.

10.Bertudung tetapi tidak menutup kaki (memakai stoking) kerana kaki juga adalah aurat wanita.

11.Bertudung tetapi tidak menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.

12.Bertudung tetapi penuh dengan hiasan di kepala yang menarik perhatian orang lain untuk melihatnya.

13.Bertudung tetapi menggunakan wangian berlebihan.

14.Bertudung tetapi memakai kasut bertumit tinggi yang menghasilkan bunyi apabila berjalan sehingga menarik perhatian orang di sekeliling.

15.Bertudung itu hanya apabila memasuki kawasan masjid,menghadiri kenduri perkahwinan atau arwah.

16.Bertudung hanya apabila hadirnya 'lelaki yang bukan ahli keluarga'.Apabila bersama sepupu lelaki,tidak perlu bertudung,sedangkan apabila kita bersalaman dengan mereka pasti terbatal wudhu' kita.Dengan itu,sepupu lelaki adalah bukan mahram dan wajib menutup aurat di hadapan mereka.

17.Bertudung tetapi menayangkan foto tidak bertudung di alam maya.Contohnya,Facebook,Twitter,Instagram dan sebagainya.

18.Bertudung tetapi memakai make-up yang berlebihan.

Aku perhati atau melihat dalam syurga,maka aku dapati kebanyakkan penghuninya terdiri daripada golongan orang-orang susah dan aku melihat di dalam neraka maka aku dapati kebanyakkan penghuninya ialah golongan WANITA.
(Hadis Riwayat Bukhari)

Credit: http://diarionlinenurul.blogspot.com/


Monday 4 March 2013

Apakah? -.-

** Assalamualaikum  **


Tengok tajuk.. Pelik, kan? Sebenarnya Lia saje je nak wat post sebab bosan melanda. Bukan nak kecoh, kay?

Wah! Tahniah utk diri Lia sendiri ..! Sebab? Sebab first time orang serang. Tengah gembira ni. Senyum sampai telinga. Tak caye? Bagus, sbb jangan percaya kerana itu semua dusta :p

Actually, dah lama dah mesej ni. Tapi, sekarang saje nak buat entri. Lagipun, bukan  Lia nak mencarut or ape kat dia ni .. Takde masa, kay? Lebih baik Lia study drp layan orang cmnie. Right?

Oke, just a short entry. See you again! Assalamualaikum :D


SEGMEN REVIEW BLOG SAYA BY ZYRA POTPET

** Assalamualaikum  **



Klik banner untuk join :D

Tips: Benda Yang Perlu a.k.a Wajib Ada Dalam Setiap Blog


Panda, Bear
Comelnye cupcake~

Assalamualaikum.

Perhatian! Entri ni Lia cerita pasal widget sahaja ye !

See, tajuk harini. Panjang gila ! #panjangbest! Heee.. Okay, harini Lia nak share ngan korang benda yang perlu a.k.a wajib ada dalam setiap blog! Maknanya, tak sempurna la blog korang kalau xde benda-ii ni. Errkk, yeke? Pandai-ii je -.-

Okeh, teruskan membaca kalau nak tahu benda apa yang wajib ada dalam blog korang tuuu~ #skemaayat.

Follow Widget.

Haaa, benda ni wajib ada dalam blog korang. Jap-jap.. Taktau macam mana ghupe widget tu? Hah! Jangan risau Lia dah printscreen.. Meh tengok~

Kalau takde macam mana diaorang nak follow blog korang yang cun melecun tuh, kan? So, silalah letak widget tu ya..

Archive

Okeh, yang ni pun penting ape. Lia dulu ingat tak penting. Tapi, sebenarnya penting. Kenapa penting? Supaya senang orang nak baca entri korang yang lepas-lepas tu. Manalah tahu blog korang ade silent reader ke .. Tapi, lepas takjumpa entri yang diorang cari sbb xde archive, dia terus bersara dari jadi silent reader kat blog korang. Kesian pulak korang nanti sebab dah takde silent reader :p

Cbox / Chatbox

Benda ni sangat penting untuk orang tinggalkan jejak diorang. Lia pernah sekali tu semangat nak bw ni, tiba-ii sampai dekat satu blog ni, xjumpe cbox. Merata-rata cari tapi, tak jumpa pon. Batang hudung pun tak nampak! Last-last hilang mood nak bw T^T

Pastikan cbox korang senang orang jumpa. Nak hide pon agak-agak lah ye !

Comment box a.k.a Kotak Komen

Entri meletup kebabooom! Orang pun nak tinggalkan komen Tapi, bila klik comment box tak muncul. Laju-laju Lia akan pangkah tab tu -.- Perkara ni selalu terjadi terutama bagi pengguna blogskin. Kan? So, untuk pengguna blogskin korang kena setting komen tu kepada Pop-Up Window baru orang boleh nak komen. Kan? 

Okeh, tu je untuk harini. Penat perah otak tau -.- Kalau nak re-post please letak credit, kay? *bajet ade orang nak re-post. ptuiih .Bye, assalamualaikum. Hope tips-tips ni membantu korang!

Freebies: Header Part 6 [Tutobies]

** Assalamualaikum  **

Doojoon~
Melting~

Hai hai o/ Lia ngantuk dah sebenarnya ni. Besok ade latihan bola baling lagi. Urggh, malas ase nak gi besok :/ Btw, today Lia nak bagi header :D Tengok tajuk dah tahu, kn? -.- Header ni dh lama Lia buat. Cuma tunggu nak buat entri je -.- Bnayak lagi freebies sebenarnya. Freebies doodle pun xbagi lagi. Banyak hutang Lia. Requested tutor pun belum buat lagi. -.- Malas membebel, korang amik jela. Do comments . Thanks ;_;

http://1.bp.blogspot.com/-XTLD5Mvm9jk/UTN_vLJKX4I/AAAAAAAAEf8/ZqA_UIvlUmo/s1600/black+grey.png

http://4.bp.blogspot.com/-qP_DygwQ-V8/UTN_vA0C1eI/AAAAAAAAEgA/3kjzy0l5Ka0/s1600/green.png

http://1.bp.blogspot.com/-eD6S6LebHss/UTN_vQ8mjAI/AAAAAAAAEgI/486kcbfUZnY/s1600/orange.png

http://1.bp.blogspot.com/-Jn6JPPv8GJA/UTN_v7gmKuI/AAAAAAAAEgQ/VqkZEEx8JPs/s1600/pink.png

http://2.bp.blogspot.com/-MmIjF2WTnpI/UTN_wPIN2SI/AAAAAAAAEgY/1gxajW_pPoI/s1600/purple.png

http://4.bp.blogspot.com/-PyzaSDQwYI8/UTN_wb1FCyI/AAAAAAAAEgU/bSp0T_HpgjU/s1600/red.png

http://1.bp.blogspot.com/-ydly-PtmOiQ/UTN_xfMmsXI/AAAAAAAAEgo/kGnXQNWI3J4/s1600/yellow.png

http://3.bp.blogspot.com/-9_GqlCD0Evc/UTN_xICpfaI/AAAAAAAAEgs/kD8tc9XvY18/s1600/turqouise.png
Do comment before taking them. Thankyu ;_; Bye, assalamualaikum...