Monday 4 December 2017

We Went To Sopoong ~!

♥ السلام عليكم      
.. بسم الله الرحمن الرحيم


Hello semuaaa~ Alang-alang Lia rasa bosan ni, Lia nak update pasal Sopoong lahhh~ Sopoong ? Korang tahu tak Sopoong tu apa ?? Haaa, Sopoong ni, sebuah restoran Korea. Dia ada beberapa cawangan je kat Malaysia ni. Kedai ni kire baru gaklah sebab dia baru bukak pada tahun 2013 ( tak pasti sebenarnya hahaha) Haih dah macam belajar sejarah xD

OK, Pastu, Sopoong ni bahasa Korea. Kalau translate, maksudnya picnic. So, sajelah nak cerita pengalaman sikit makan kat sana sebab ni first time Lia makan kat restoran korea. Sebelum ni pernah makan ramyeon tapi tu pun kat foodcourt kat Suria KLCC and Ramen Samyang tu jelah.

Dia ada cawangan dekat IOI, Time Square, Quill & The Starling

Lia takpandai nak bezakan rasa sebab ni je restoran korea yang pernah Lia pegi, so takyah tanyalah Sopoong ke restoran lain lagi sedap. HEHEHEHEH. Pastu, dalam banyak2 restoran korea, Lia rasa Sopoonglah yang paling murah sebab ada satu apps untuk food yang Lia install kat laptop ni cakap bajet utk 2org makan dkt Sopoong ni RM50. Yang lain semua lebih dr RM50.

So, boleh tahan lah kan. Ni makanan korea kottt, bukan semua orang pandai masak, kalau nak murah, masak sendiri! LOL And,, tukang masak dia dengar cite orang korea ori means korang boleh ah nak rasa makanan original korea kat sini. InshaaAllah samalah dengan rasa ori sebab Lia pernah baca blog cakap memang sama. Jangan tanya Lia , sebab Lia tak pernah agi pergi korea xD

TAPIIIII DONT WORRY YA SEBAB MAKANAN DIA 100% HALAL AND TAKDE ALKOHOL AND PORK. MEMANG UNTUK ORG ISLAM. ORG MELAYU PON RAMAI MAKAN SINI. PEKERJA PUN ADA JE YANG MELAYU SO NO WORRIES OK?

KALAU TAK HALAL, XDELAH PULAK LIA PEGI HADOI

Okay, So bebel je banyak nah belanja gambar sikit

Lia beli 2 noodle set + Gun Mandu ( Kami ada 3 orang )

Set pertama - Ramyeon + Topokki + Free Green Tea (RM 18.90)
Set kedua - Ramyeon + Gimbap + Free Green Tea (RM 18.90)
Gun Mandu (RM 10.50)

Okeylah kan bila ada set tu takdelah mahal sangat. Kitorang gi makan tiga orang. Tu pun cukup. Sebab Lia tak makan banyak. Ramyeon tak dapat nak habiskan so Lia bagi dekat adik Lia suruh habiskan.

Sebelum lupa, diorang sediakan satu bekas kecik untuk letak chopstick and sudu. Garfu xde, tapi taktahulah boleh mintak ke idokkk kan, so better practice pakai chopstick dulu sebelum datang hahahaha. Ataupun bawak garfu dari rumah HAHAHAHHAHAH (k, tak lawak --')

Yang ni set tu. Topokki dia boleh tahan jugaklah tapi not my fav la. Kuah dia orang cakap pedas tapi bagi Lia tak pedas pun. So okeylah. Kimchi Lia makan.. taksuka wehhhh ahahha memang taksuka kimchi xD Dia rasa macam masam2 sikit. Orang tua sukalah kot ? Sebab tengok dalam kdrama ngan variety show pasal masak2 ni orang tua suka makan kimchi xD

Green Tea dia pulak .... Macam biasa, dah nama green tea. Memang takde rasalah hahahaha

Ramyeon pulak sedap! Lebih kurang macam makan maggilah tapi xdelah macam maggi sangat sebab kuah dia agak lain tapi taklah lain sangat. HAHAH paham kan ? Pastu, kalau tambah side dishes yang dia bagi tu ( dalam bekas kecik warna putih tu ) lagi lain rasa dia tapi Lia xsuka sangat xD

Gimbap ! Yang ni paling Lia sukaa. Orang cakap dia tak sama macam sushi tapi bagi Lia lebih kurang ajeee. HAHAHAHA ( ada banyak lagi sebenarnya tapi dah masuk dalam perut hehehehe)

Haa, ni Gun Mandu. Ada beberapa keping bukan dua je, tapi lepas makan baru ingat nak ambik gambar ekekkee. Yang ni, bolehla, Lia suka makan tanpa sos dia tu sebab sos dia masin sikit. Makan ni rasa isi dia lebih kepada sayur gitu. Ada je daging tapi takrasa sangat. So, sape tak suka sayur maybe taksukalah hahahah

Pastu, dia memang akan buat MV KPOP dekat restoran diorang, so sape minat KPOP tu suka lettewww~ Lia agak kecewa sebab dia tak buka grup bias Lia hahhaha tapi takpelah atleast dia bukak Mr Baek ape tah nama rancangan tu sebab ada Dujun xP HAHAHAHAHHA

Pastu, masa tu nampak tauke dia lah kot ade sorang yeoja ( perempuan ) ni . Umur dalam 40-50 gitulah ada duduk kat hujung seat. Nampak macam korean so maybe taukelah kan. Ada jgk pekerja muka mcm korean . Tapi, xsurela korean ke chinese sebab manalah Lia reti bezakan diorg ni. Lebih kurang je mukanya xD

So, overall okelah. Lia sebenarnya nak beli set yang ade jajangmyeon (black soybean sauce noodle) tapi, takut tak suka pulak nanti tak makan. Membazir pulak. Sebab ada baca review yang mi dia tak sama macam mi yang kita tengok dalam running man tu. Mi dia macam laksa gitu. Hahaha. Tapi menyesal gak tak rasa. So, lain kali kalau pergi, nak rasalah.

Ohya, Lia pergi makan ni dekat IOI City Mall. Kedai dia ada dekat Level 2. Kalau naik elevator tu pandai kanan, terus nampak signboard Sopoong heheh

So, tu jelah. Kalau ada nak recommend apa2 menu, boleh komen. Bolehlah Lia cuba nanti ! So tu jelah. Jumpa lagi~

Bai, Annyeong, Assalamualaikum~!



Wednesday 29 November 2017

Im back ~!

♥ السلام عليكم      
.. بسم الله الرحمن الرحيم



Hello heloooo. Apo kabo semua orang?? HEHEHEHEHEH Lama gile dah ni tak buke blog. huwaaaaa. Dh 2 tahun :O And now, I'm back~!!!!!! Okey, kembali kejap je mungkin masa cuti ni je sebab next year dh spm ~.~ Huuuu serammmm. So, dah start cuti ni , mesti setiap orang ada plan masing2 kan.

Okeylah, korang buatlah apa korang suka tapi sape yang rasa dia lahir tahun 2001 pastu tahun depan umo dah 17 mohon sedar diri sikit hokeyyy. Uollss kan nak spm so jangan lupa study okayyyy nak nak tu haa UDESS~ (Nama batch Lia) ehhe

Jangan tanya resultlah sebab resultku agak mengecewakan. sebab satu subjek habeh rosak satu result. huwaaaaaa. Takyah tekalah sebab memang result paling teruk abad ini untuk Lia mestilah ADDMATH. PHew~~ Takpelah cuti ni study banyak2 biar tahun depan pro (ceh,. leh caye ke ni? -_-)

So, memandangkan cuti and kita semua ada banyak masa kan, Lia nak sharelah dengan korang aktiviti2 yang mungkinlah korang boleh buat and memang common activity pun. Yang, xperlu diajar memang orang akan buat punyaaaaa. Okey, meh kita list satu-satu.

1- KEMAS RUMAH


Wah wah wah . Haaa, korang semua kemas rumah tak? hehhh sape yang angguk tu, boleh caye ke ni. Okey, yang ni memang kewajipan okayyyy. Kalau perempuan tu haaa kemas bilik masing2, buat malu je bilik macam tongkang pecah ekekekekk. Ha, lelaki pun sama. Semua dah besar, kemas sendiri je bilik takpayah suruh mak kira kemas, kesian mak dahla letih masak dengan perangai anak2 die yang entah pape ni lagi . ish3 *geleng kepala* Pastu dh kemas bilik, apa salahnya tolong kemas rumah kan.. Kalau rajin haa, ikut mak kita gi decor rumah sama2. Mesti syiokkkk :D 

2- TRAVEL


Travel ni yang best ni,, tapi yang xbest ni haaa. fulusnya enggak adaaaa. Kalau takleh travel oversea, takpayah travel jauh2. Travel dalam Malaysia sudah. Malaysia pun ada banyak tempat menarik. Dah habis teroka Malaysia baru g oversea ok? heheheh. Lia pun suka travel tapi jarang travel sebab kecik lagi kann pastu ayah pun busy keje. Akhir tahun mmg tak travel manalah , dah takut banjir. Pastu, nanti dah besar, Lia nk kumpul duit sebab nk pegi travel kat oversea. Nak pegi dengan adik beradik. Pegi yang pakej bagpackers pun okey sebab lagi adventurous kan. yedokkk? Lagipun, adik brdik sume laki, bolehlah tolong jaga Lia hekhekhek *tu pun kalau diorg nk layan lah ;-;*

3- STUDY? ~_~




Ha, yang ni takyah cakap banyaklah. Nak SPM, PT3, UPSR xde benda lain dah. Study jelah nak oii. Kalau ade duit lebih bolehla pi tuisyen or buat personal coaching kan? So, goodlucklah untuk semua yang nak ambk exam besar next year~

4- BUAT DIY !!


Yang ni Lia sukaaaaaaa~! Okey, Lia dah ada dah beberapa list DIY yang nak buat cuti2 ni. Nanti kalau rajin Lia buat entri pasal tutorial DIY. Tu pun kalau ada yang nak buat jugaklah hahah

5- SPEND TIME DGN FAMILY

Yang ni wajib okayyy. Especially sape2 yang duduk asrama. Kita dahla jarang kann dekat rumah so bila ada cuti panjang ni, spendlah masa dengan diorg. Bdk f5 tahun depan lagi susah sebab nxt year mesti susah dh nak balik sbb kelas banyak. Korang boleh gi keluar makan, or masak kat rmh sendiri pastu makan sesama. Kalau rajin sikit buatlah picnic. Buat jelah apa2 yang melibatkan family member asalkan blh spend time/ So spend time wisely okay~ 

6- SPEND TIME DENGAN KAWAN 


Yang ni lebih kurang dengan yang atas~ Pastu tambahan kann kalau girls kan suka party party nih, haaa bolehla kalau nk buat pyjamas party keee, sleepover ke, slumber party ke hape ke. It's all up to you guys. Tak semestinya dengan kawan kan, dengan cousin pun xpe~

7- KERJA


$$$$$. Hahah sape sini suka duit? hehehe tipulah kan kalau ada yang xsuka duit. Bukan nak ajar jadi mata duitan, tapi dah kalau boleh kurangkan beban mak ayah kan okay. Atleast nak beli apa yg korang suka takperlu susahkan diorg. yedok? Tapi, kerja ni biasa untuk lepasan SPM lah kan.. Yang kecik2 tu tunggu dululah smpai abis SPM. Ke nk keje basuh pinggan? ekekekekek gurau je~

8- TENGOK DRAMAAAAAA


HOHOHO. Siapakah diantara kalian yang meminati drama? hikhikhik. Okay, Lia suka jugak tengok drama tapi xdelah hantu drama sebab kadang2 tu malas nk tengok episodnya banyak sangat. Tahu tak drama Goblin tu baru smpai ep 6. tu pon ep 6 xhabis agi tengok. Dah lebih 2 bulan tertunggak. sebab malas :B ahhahahahah W pulak dh lupa smpai episod brape. Malas nk smbung. Stress wey cite W tu bila tengok . Hadoi xD Selain drama, boleh tengok variety shows or movies. Yang ni sesuai untuk orang yang duduk rumah xpegi jalanlah. Tapi, jangan smpai tak keluar bilik pulak~

Okey, so tu jelah .. Kalau ade lagi yang nak tambah bolehlah tambah sendiri ya. Lia tak letaklah solat, mengaji, tolong mak ayah dll sbb benda tu memang wajib so pandai2 koranglah ya. Apa2 pun cuti cuti jugak tapi berpada-padalah kan *pesanan untuk diri sndiri jugak ni ha* 

So, tu jelah. woo dah lama tak tulis blog smpai panjang gile entri. lepas gian ko apo hahah. So, happy holidaylah especially tuk f5 yang dah habis SPM. Rayalah korang ya. So gudluck utk bakal calon SPM next year and gudluck untuk sape yang nak ambik result tahun depan tu~! FIGHTING~! Oh, goodluck untuk PT3 and UPSR jugak okey :D


So, tu jelah. nanti kalau rajin, Lia update lagi xD So, till then. Annyeong~ See u soon~
Assalamualaikum <3