Sunday 13 October 2013

Jom Puasa Sunat Arafah ^_^

♥ السلام عليكم      
.. بسم الله الرحمن الرحيم

Mari kita sama-sama berpuasa sunat di hari arafah. Hari dimana jemaah haji berkumpul di padang Arafah untuk berwukuf. 

Dari Abu Qatadah radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam pernah ditanya tentang puasa hari `Arafah, kemudian Baginda menjawab:َََ
يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَ الْبَاقِيَة“
Puasa itu (puasa hari `Arafah) dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang.”(HR Muslim)

Dari `A’isyah radhiAllahu `anha berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda:َ
مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللهُ فِيهِ عَبْدًا مِنْ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَة“
Tidak ada hari yang lebih ramai ALLAH Ta`ala membebaskan hambaNYA daripada api neraka lebih daripada hari `Arafah.”(HR Muslim)Gunakanlah peluang yang kita ada kali ini untuk melakukan ibadat sunat di hari arafah. Doakan juga agar satu masa nanti . berpeluang menunaikan ibadah haji. 

InsyaAllah.Hari arafah pada tahun ini jatuh pada hari Isnin 14 Oktober 2013. Sebarkan kepada rakan-rakan yang lain, moga semua mendapat manfaat dari hari yang mulia ini.

Cr; fb

Till then, assalamualaikum, xoxo
LiaAbdillah

4 comments:

  1. anda ditag. hope sudi join :)

    http://nikainaa.blogspot.com/2013/10/giveaway-by-menjual-novel-melayu.html

    ReplyDelete

Your comments are highly appreciated :')