Thursday, 7 March 2013

18 Kesalahan Dalam Bertudung

** Assalamualaikum  **




1.Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

2.Bertudung tetapi dengan "T-Shirt" berlengan pendek.

3.Bertudung tetapi baju kurung terbelah kainnya.

4.Bertudung tetapi bajunya sendat,sempit dan nipis lalu menampakkan bentuk kawasan-kawasan mudah 'menggoda'.

5.Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul/hujung rambutnya.

6.Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat atau sekolah sahaja,tidak di sekitar rumah,pasaraya dan sebagainya.

7.Bertudung tetapi tudungya di lempar ke belakang leher maka terdedahlah dadanya dari di tutupi kain tudung.

8.Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh di lihat sanggul,leher,tengkuk dan dadanya.

9.Bertudung tetapi menampakkan bahagian hadapan anak rambut.

10.Bertudung tetapi tidak menutup kaki (memakai stoking) kerana kaki juga adalah aurat wanita.

11.Bertudung tetapi tidak menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.

12.Bertudung tetapi penuh dengan hiasan di kepala yang menarik perhatian orang lain untuk melihatnya.

13.Bertudung tetapi menggunakan wangian berlebihan.

14.Bertudung tetapi memakai kasut bertumit tinggi yang menghasilkan bunyi apabila berjalan sehingga menarik perhatian orang di sekeliling.

15.Bertudung itu hanya apabila memasuki kawasan masjid,menghadiri kenduri perkahwinan atau arwah.

16.Bertudung hanya apabila hadirnya 'lelaki yang bukan ahli keluarga'.Apabila bersama sepupu lelaki,tidak perlu bertudung,sedangkan apabila kita bersalaman dengan mereka pasti terbatal wudhu' kita.Dengan itu,sepupu lelaki adalah bukan mahram dan wajib menutup aurat di hadapan mereka.

17.Bertudung tetapi menayangkan foto tidak bertudung di alam maya.Contohnya,Facebook,Twitter,Instagram dan sebagainya.

18.Bertudung tetapi memakai make-up yang berlebihan.

Aku perhati atau melihat dalam syurga,maka aku dapati kebanyakkan penghuninya terdiri daripada golongan orang-orang susah dan aku melihat di dalam neraka maka aku dapati kebanyakkan penghuninya ialah golongan WANITA.
(Hadis Riwayat Bukhari)

Credit: http://diarionlinenurul.blogspot.com/


10 comments:

Your comments are highly appreciated :')